
Berukuran sederhana, 17.5 sentimeter lebar dan 25 sentimeter tinggi dengan hanya 16 muka surat, naskhah ini mungkin kelihatan ringkas. Namun, di dalamnya tersimpan sejarah besar - kisah pertama kali Institut Teknoloji MARA (ITM) meraikan konvokesyen pada bulan Oktober, bersempena ulang tahun penubuhannya. Sebelum itu, majlis sebegini lazimnya berlangsung pada bulan Januari. Hari bersejarah itu disempurnakan oleh Y.B. Tan Sri Dato' Dr. Mohd. Ghazali Shafie, Pengerusi Majlis Pentadbir ITM. Di hadapan para tetamu, seramai 248 graduan melangkah dengan penuh bangga menerima diploma masing-masing. Detik ini menjadikan jumlah keseluruhan lulusan ITM sejak 1964 mencecah 1,119 orang - suatu angka yang sangat bermakna ketika itu. Tahun 1971 mencatatkan bilangan lulusan paling ramai dalam sejarah awal ITM. Setiap angka itu mewakili sebuah harapan. Seramai 19 graduan Diploma Akauntansi - program yang dimulakan pada 1966 - semuanya berjaya mendapat pekerjaan. Manakala 116 graduan Diploma Pengurusan Perniagaan melangkah ke sektor swasta dengan pendapatan sekitar $400-$500 sebulan, satu pencapaian yang membanggakan ketika itu.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA
