
Buku Konvokesyen Institut Teknologi MARA bertarikh 1 Mac 1980 yang berukuran 22 sentimeter tinggi dan 22 sentimeter lebar ini mempunyai 20 muka surat yang memuatkan atur cara majlis serta senarai nama 485 graduan diploma daripada sepuluh bidang pengajian iaitu Master of Arts (Economy Education), Kajian Sains Perpustakaan, Kajian Kejuruteraan, Kajian Senibena, Perancangan dan Ukur, Kajian Perakaunan, Kajian Pentadbiran dan Undang-undang, Kajian Sains Gunaan, Kajian Perniagaan dan Pengurusan, Kajian Sains Hisab dan Komputer serta Kajian Sains Kesetiausahaan. Pada helaian pertamanya, buku konvokesyen ini menampilkan kaligrafi Thuluth Institut Teknologi MARA yang disusuli pada muka surat seterusnya dengan tema "Pembangunan Bumiputera Menerusi Peningkatan Motivasi Jayadiri"; menjadikannya simbol perjuangan pendidikan dan semangat generasi perintis ITM dalam membina keyakinan serta kejayaan bangsa.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA
