Koleksi Khazanah Sejarah UiTM

Vol.65 (Nov. 2025) : Majalah Tahunan Pertama Dewan Latehan Rida - INDRARIDA 1 Oktober 1962

 

 

Penghuni terawal koleksi Bahagian Arkib Universiti, berusia 63 tahun. Suara Rasmi Pertama Dewan Latehan RIDA Edisi No. 1 menerusi Majalah INDRARIDA diterbitkan buat pertama kalinya pada Oktober 1962. INDRARIDA berkonsepkan penerbitan bercorak perniagaan dan pendidikan, memaparkan pelbagai rencana serta laporan yang menyelami perkembangan akademik dan sahsiah pelajar di institusi ini. Tujuan utamanya adalah menyebarkan ilmu, pengalaman serta aktiviti yang dilalui oleh para penuntut kepada khalayak yang lebih luas. Antara kandungan menarik dalam edisi sulung ini termasuk senarai staf dan pensyarah Dewan Latehan RIDA, pengenalan kepada kursus-kursus profesional yang ditawarkan, aktiviti persatuan-persatuan pelajar dan perkembangan semasa ketika era tersebut serta catatan daripada bekas penuntut. Cetakan dalam hitam putih sebanyak 113 muka surat dalam bahasa melayu dan inggeris.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:

 

Chat with Archivist@JAU 

 

Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman

                                 Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan

                                 Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam

 

Alamat Emel         : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Facebook Rasmi  Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA

 

Talian Pejabat       : 03-5544 3173

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my