
Projek pembinaan yang bermula pada 11 April 2017 menjadi detik bersejarah pewujudan Hospital UiTM menjadi mercu tanda terbaharu universiti. Hospital UiTM menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf global, dilengkapi dengan pelbagai kepakaran dan sub- kepakaran berteknologi tinggi yang menawarkan rawatan perkhidmatan berkualiti tinggi dan canggih untuk pesakit. Hospital ini bakal menjadi Premier Teaching Hospital yang mampu mernngkatkan ekonomi dan memben mantaat kepada komuniti.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk rawatan kecemasan dan trauma, rawatan krit ikal, pembedahan am, pembedahan khusus (plastik dan rekonstruksi), pembedahan toraks, perut dan ortopedik, rawatan ibu hamil, rawatan untuk bayi, remaja dan orang dewasa serta perubatan geriatrik. Hospital ini berkapasiti 400 buah katil, dilengkapi kompleks akademik dan perubatan untuk 750 orang pelajar, makmal komputer interaktif, makmal kemahiran klinikal serta wad simulasi. Siap dibina pada tahun 2020 dengan keluasan tapak 46 ekar di kampus Puncak Alam, reka bentuk binaan bangunan ini berinspirasikan elemen molekul air zam-zam (khasiat dan penawar pelbagai penyakit).
Majlis Penyerahan Hospital UiTM telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 23 Mac 2021. Majlis tersebut menyaksikan penyerahan simbolik kunci Hospital UiTM daripada syarikat konsesi TRIplc Medical Sdn. Bhd. kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan UiTM. Pada 23 Julai 2022, bangunan Hospital UiTM dirasmikan oleh Tuanku Canselor UiTM yang keenam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan diberi nama Hospital Al-Sultan Abdullah.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA
