
Kampus Kota Kuantan
Kampus sementara di bandar Kuantan Pahang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di tiga kawasan, iaitu di Telok Sisek, Padang Lalang dan juga di Bukit Sekilau. Pada tahun 1986, kampus ini mempunyai seramai 1,143 orang pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Perakaunan, Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perbankan, Sains Komputer dan Stenografi. Tiga program baru turut diperkenalkan pada tahun yang sama ialah Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Sains, dan Pra-Kejuruteraan. Ketika itu, terdapat 58 orang pelajar dan 53 orang pegawai pentadbiran di Kampus Cawangan ini. Sehingga kini hanya kampus di Bukit Sekilau sahaja yang meneruskan operasinya dan dijadikan sebagai Kampus Kota.
Kampus Jengka
Kampus Jengka dibina melalui dua fasa iaitu yang pertama mampu memuatkan 2,500 orang pelajar dan fasa seterusnya yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur mampu menempatkan 4,500 orang pelajar. Pembahagian kawasan tersebut adalah mengikut nisbah 60:40 iaitu 40% daripada kawasan tanah tersebut dijadikan kawasan untuk dibangunkan manakala 60% lagi dijadikan kawasan tujuan pertanian. Kerja-kerja pembinaan bagi kampus tersebut bermula pada tahun 1988 namun tertangguh seketika ketika krisis ekonomi melanda dan akhirnya berjaya disiapkan pada tahun 1992. Proses pemindahan pelajar UiTM Pahang dari Kuantan ke Jengka selesai pada tahun 1993 dan sekali gus telah mencipta satu era baru dalam sejarahnya sendiri. Kampus tersebut secara rasminya diiktiraf sebagai sebuah lagi cawangan ITM pada Ogos 1996 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Kehadiran Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak untuk merasmikan majlis tersebut amat bermakna apatah lagi apabila penubuhan ITM adalah merupakan hasil cetusan idea Allahyarham ayahanda beliau sendiri iaitu Tun Abdul Razak.
Kampus Kota Raub
Kampus kota kedua telah dibuka di Raub, Pahang pada tahun 1997 dan terletak di bangunan sementara Raub's Courthouse. Pada tahun 2002, kampus kota ini berpindah ke bangunan baru berdekatan dengan pekan Raub. Fokus Kampus Kota Raub dibuka adalah untuk komuniti bumiputera di Raub, Lipis dan Bentong. Kampus ini menawarkan program luar kampus, program separuh masa, pendidikan jarak jauh, kursus jangka pendek dan kursus bahasa Inggeris.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA
