
Majlis Penganugerahan ljazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada D.Y.M.M. Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Dewan Sri Budiman, Institut Teknologi MARA, Shah Alam pada 21 Julai 1990. Penganugerahan oleh Universiti Ohio, Athens, Amerika Syarikat ini adalah sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam mempelopori dan mewujudkan perhubungan pendidikan di antara Universiti Ohio dan Malaysia. Sebelum ini Universiti Ohio telah menganugerahkan dua ljazah Kehormat kepada dua rakyat Malaysia iaitu YBhg. Tan Sri Datuk Arshad Ayub, bekas Pengarah ITM pada tahun 1973 dan Allahyarham YBhg. Tun Hussein Onn, bekas. Perdana Menteri Malaysia, pada tahun 1981. D.Y.M.M. Tuanku Jaafar melahirkan rasa terima kasih di atas penganugerahan tersebut dan berharap perhubungan yang ada dapat dipertingkatkan lagi ketahap yang lebih tinggi. Beliau yang menjadi perintis dan pengasas hubungan dua hala ini telah diraikan dengan santapan tengahari di Sri Impian oleh ITM pada 21 Julai 1990. Baginda juga telah diraikan dengan jamuan teh oleh Alumni Universiti Ohio di PJ Hilton dan santapan malam di Dewan Banquet oleh pihak Universiti Ohio di Bangunan Parlimen pada 22 Julai 1990.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA
