
Dulu Menara ILMU
Menara UiTM yang dulunya dinamakan Menara Ilmu berfungsi sebagai mercu tanda kewujudan UiTM, di mana perletakkannya yang amat strategik di atas bukit, mempamer 'gah'. Bangunan ini dapat dilihat dari jauh di sekitar Bandaraya Shah Alam. Laluan 'gajah menyusur' menghubungkan Menara Ilmu dengan blok-blok lain disekitarnya seperti Canseleri, Pejabat Perhubungan Korporat, Dewan Sri Budiman, Perpustakaan dan Dewan Kuliah. Di bangunan inilah terletaknya Fakulti Pengajian Maklumat, Pusat Pendidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), Bank Perwira Affin, Pejabat Pos dan lain-lain.
Kini Menara SAAS
Bangunan Menara UiTM telah direkabentuk oleh YBhg. Dato' Zahani Tan Sri Ahmad, selaku Lembaga Pengarah UiTM. la dibina pada tahun 1972 oleh pihak JKR. Bangunan setinggi 14 tingkat ini dibina berdasarkan ilham arkitek Perancis 'Le Corbusier' (1889- 1965). Bangunan ini dibina daripada konkrit tetulang tanpa dilepa, bersaiz 83.31m X 21.64m X 66.45m (tinggi) dengan sisipan konkrit yang berperanan sebagai alat penghadang cahaya. Perasmiannya sebagai Menara SAAS telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, selaku Pro Canselor Universiti Teknologi MARA dalam upacara gilang-gemilang.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA
