UiTM Hari Ini Dalam Sejarah

1 April 1992 : Kolam Renang Saiz Olimpik di ITM Shah Alam

 

KOLAM RENANG SAIZ OLIMPIK DI ITM SHAH ALAM


Kerja-kerja pembinaan kolam renang tertutup telah diilhamkan oleh bekas Ketua SPP, Tuan Haji Tamzil Munir. Projek tersebut telah mula beroperasi pada 19 Ogos 1991 dan siap keseluruhan pada 18 Ogos 1992. Kompleks ini meliputi fasa kolam renang berbumbung saiz olimpik (50m x 21m) yang mempunyai 10 buah lorong. Kedalaman kolam pula terbahagi kepada 2 peringkat iaitu bahagian yang cetek 1.22m (dalam) sementara bahagian yang paling dalam 2.0m (dalam).

Fasa bangunan-bangunan sampingan terdiri dari bilik persalinan, ruang lobby kafetaria, pro-shop, bilik mesyuarat, pejabat, bilik pertolongan cemas bilik kawalan, surau, bilik plant, stor dan bilik perkakas renang.

Kerja-kerja seni taman di sekitar kompleks renang dilengkapi jogging track dan amphitheatre. Jumlah keseluruhan keluasan ruang lantai ialah 2,950 meter persegi dan mendapat pengiktirafan ASUM, Persatuan Renang Amatur Malaysia dan Fina International Standard pada 25 November 1992. Kolam renang tersebut telah diserahkan kepada Unit Sukan ITM untuk mengendalikan operasi seterusnya dan telah mula dibuka secara rasmi kepada pelajar dan kakitangan ITM pada 1 April 1992.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:

 

Chat with Archivist@JAU 

 

Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman

                                 Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan

                                 Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam

 

Alamat Emel         : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Facebook Rasmi  Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA

 

Talian Pejabat       : 03-5544 3173

 

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my