
PELANTIKAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UİTM KE-2 DAN KE-3
YBhg. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob
Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Kedua
Pada 1 Januari 2003, YBhg. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ke-2 menggantikan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad yang tamat tempoh pada 16 Oktober 2002. Beliau dilahirkan pada tahun 1949 di Kota Bahru, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sultan Ismail Putra School, Kota Bharu Kelantan dan Malay College Kuala Kangsar. Beliau adalah pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan, Monash University dan MBA dari Institut Pengurusan Asia, Manila, Philipina. Beliau juga telah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard University, Amerika Syarikat.
YBhg. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin
Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Ketiga
Pada 1 Januari 2005, YBhg. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ke-3 UiTM menggantikan YBhg. Tan Sri Nik Mohamed Yaacob yang tamat
tempoh pada 31 Disember 2004. Beliau dilahirkan pada 28 April 1940 di Taiping, Perak. Beliau mempunyai ljazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya, ljazah Sarjana dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dalam bidang Sosiologi dan Pendidikan dari University of California, Berkeley, California, Amerika Syarikat. Beliau mengambil kursus Pengurusan Perniagaan di bawah Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Boston, Amerika Syarikat.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA