
MAJLIS PENYERAHAN FAKULTI PERGIGIAN UiTM KAMPUS SUNGAI BULOH
Majlis Penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus SungaivBuloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada KementerianvPendidikan Tinggi telah diadakan pada 1 September 2015.vProjek pembinaan kampus yang menelan belanja lebih RM73.8 juta ini telah dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, dan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.
Bangunan fakulti tersebut turut dilengkapi dengan dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini, serta sebuah pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia. Selain menjadi pusat pembelajaran untuk penuntut universiti, fakulti ini juga menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam. Apabila beroperasi sepenuhnya, dianggarkan seramai 205 pesakit dapat menerima rawatan serentak, dengan jumlah pesakit harian mencecah 400 hingga 500 orang.
Majlis penyerahan ini menyaksikan Kementerian Kerja Raya diwakili oleh YB Dato' Sri Fadillah Yusof, manakala Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili oleh YB Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Adanan Mohamed Hussain, Tan Sri Dato' Ir Ts Ahmad Zaidee Laidin (Pro Canselor UiTM) dan Tan Sri Profesor Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM) serta barisan pengurusan Fakulti Pergigian.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA