
Tanggal 12 Mei 2011 terpahat sebagai detik bersejarah dalam lipatan memori universiti apabila Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74 berlangsung dengan penuh gemilang buat julung kalinya di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam. Suasana penuh istiadat, tradisi dan kebanggaan menyaksikan dewan ikonik ini dirasmikan sebagai mercu baharu kegemilangan UiTM.
Sebanyak 11 sidang konvokesyen telah berlangsung melibatkan 12,088 graduan daripada keseluruhan 15,701 graduan sesi tersebut. Hari pertama dimulakan dengan perbarisan kehormat, paluan gong yang penuh simbolik serta acara menandatangani plak perasmian sebagai tanda bermulanya era baharu DATC. Majlis turut diserikan dengan persembahan orkestra dan alunan nyanyian oleh pelajar Fakulti Muzik UiTM yang menambahkan lagi suasana penuh berprestij dan bersejarah.
Istiadat bersejarah ini turut disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM yang berkenan mengisytiharkan pelantikan dua Pro-Canselor baharu UiTM iaitu Tan Sri Dato' Sri Sallehuddin Mohamed dan Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA