UiTM Hari Ini Dalam Sejarah

14 Disember 1991 : Persatuan Wanita Universiti Teknologi Mara (PEWANI)

 

PERSATUAN WANITA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PEWANI)

PEWANI adalah Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA khusus bagi staf wanita dan isteri staf UiTM. Ditubuhkan pada 30 Januari 1991, berperanan untuk menjaga kebajikan dan mengadakan aktiviti bagi staf wanita dan isteri staf di ITM. Selain itu, ia juga berfungsi untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan kakitangan-kakitangan wanita Universiti dan isteri staf di semua peringkat perkhidmatan. Upacara pelancaran PEWANI telah disempurnakan pada 14 Disember 1991 di Dewan Sri Budiman, ITM Shah Alam oleh YBhg. Datin Amar Naemah Haji Hasbi iaitu isteri YB. Sulaiman bin Daud, Menteri Pendidikan Malaysia. Ketika berucap pada majlis tersebut, YBhg. Datin menyifatkan penubuhan PEWANI ITM adalah sebagai badan penggerak di dalam pembangunan wanita ITM.


Penubuhannya sebagai sebuah persatuan wanita adalah wajar dan tepat pada masanya ketika negara sedang berusaha meningkatkan pembangunan dalam berbagai bidang. Persatuan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan status wanita di samping mendedahkan mereka kepada pelbagai pengalaman dalam pengurusan persatuan. Turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut ialah Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor Salleh, Pengarah ITM.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:

 

Chat with Archivist@JAU 

 

Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman

                                 Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan

                                 Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam

 

Alamat Emel         : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Facebook Rasmi  Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA

 

Talian Pejabat       : 03-5544 3173

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my