
Pada 14 Julai 1973, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, telah mengadakan lawatan rasmi ke kampus Institut Teknologi MARA (ITM) di Shah Alam, Selangor. Lawatan ini berlangsung dalam konteks pembangunan pesat ITM sebagai institusi pengajian tinggi utama untuk masyarakat Bumiputera, selari dengan aspirasi negara pasca-1969 untuk membentuk masyarakat yang adil dan harmoni. Tun Dr. Ismail melawat ITM bagi meninjau kemajuan kampus baharu tersebut dan memberi sokongan moral kepada pihak institusi.
Semasa lawatan tersebut, Tun Dr. Ismail telah dibawa melawat beberapa bahagian di sekiar kampus ITM Shah Alam oleh pihak pengurusan Institusi Dr. Arshad Ayub, selaku Pengarah ITM, mengiringi beliau meninjau kemudahan- kemudahan yag ada. Antara lokasi tumpuan dalam lawatan itu termasuklah kompleks Perpustakaan utama ITM.
· Sumber :
· 1. Arkib Negara Malaysia - Deskripsi Foto Lawatan '14/07/1973'
· 2. Utusan Melayu (14 Julai 1973) - "ITM di Amanah Satu Tugas Suci'
· 3. Laman web Majlis Keselamatan Negara
(https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/08/03/tun-dr-ismail-
dalam-kenangan/)
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA