UiTM Hari Ini Dalam Sejarah

23 Jun 1997 : Konvokesyen Komemoratif Pertama Institut Teknologi Mara

 

KONVOKESYEN KOMEMORATIF PERTAMA INSTITUT TEKNOLOGI MARA

Bersempena Ulangtahun ke-40, Institut Teknologi MARA (ITM) buat julung kalinya telah mengadakan Konvokesyen Komemoratif pada 23 Jun 1997. Di majlis yang bersejarah ini ITM telah menganugerahkan ljazah Kehormat Doktor Undang- Undang secara pasca hayat kepada Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein bagi mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham terhadap bidang Pendidikan Bumiputera.

ljazah Kehormat itu disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ITM, Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad kepada isteri Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Mohd Noah.

Di majlis tersebut Rektor ITM, Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Zaidee Laidin sebagai Pemidato Umum telah menyampaikan Pidato Mengenang Jasa Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak. Turut hadir di majlis tersebut ialah anak-anak Allahyarham iaitu Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib dan Datin Sri Rosmah Mansor, Ahmad Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:

 

Chat with Archivist@JAU 

 

Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman

                                 Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan

                                 Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam

 

Alamat Emel         : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Facebook Rasmi  Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA

 

Talian Pejabat       : 03-5544 3173

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my