
MOU PERTAMA PERKONGSIAN SUMBER PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM telah melakar satu detik bersejarah apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), menjadikannya MoU pertama di Malaysia yang melaksanakan kandungan Perkongsian Sumber Perpustakaan antara dua institusi pengajian tinggi awam. Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Ruang Legar, Aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Kerjasama strategik ini merangkumi perkongsian bahan bercetak dan sumber digital, akses bersama ruang serta kemudahan pembelajaran, pertukaran kepakaran pustakawan dan latihan profesional, serta pelaksanaan program pembangunan ilmu dan akademik bersama. MoU ini disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan YBhg. Dato' Profesor Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK, serta disaksikan oleh YBrs. Profesor Dr. Huzili bin Hussin dan YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UİTM. Langkah proaktif ini membuka lembaran baharu dalam memperkukuh jaringan ilmu, memperluas capaian akademik dan memperkasakan kolaborasi perpustakaan ke arah menjadikan PTAR sebagai Vibrant Centre of Learning.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA