
UİTMSAT-1 merupakan nanosatelit pertama UiTM dan universiti pertama di Malaysia yang berjaya dilancarkan ke angkasa lepas. Projek ini dibangunkan menerusi kerjasama antarabangsa BIRDS-2 yang diterajui oleh Kyushu Institute of Technology (KyuTech), Jepun bersama Bhutan dan Filipina, dengan penglibatan dua pelajar pascasiswazah UiTM, Syazana Basyirah Mohammad Zaki dan Muhammad Hasif Azami. Pembangunan UiTMSAT-1 bermula pada tahun 2016 dan siap dibina pada April 2018 sebelum dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 29 Jun 2018 menerusi roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat. Seterusnya, pada 10 Ogos 2018, UiTMSAT-1 berjaya dilepaskan ke orbit dari ISS, sekali gus mencatat sejarah sebagai nanosatelit pertama hasil penyelidikan pelajar universiti di Malaysia yang berjaya ditempatkan di angkasa lepas.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Dato' / Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Pihak Jabatan Arkib Universiti:
Chat with Archivist@JAU
Pegawai Rujukan : Puan Siti Salwa A. Rahman
Ketua Seksyen/Pustakawan Kanan
Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook Rasmi : Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA