Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

LAWATAN TETAMU KHAS KEHORMAT SEMPENA PROGRAM WACANA INTELEKTUAL 

Menerima Lawatan Khas Tetamu-Tetamu Kehormat Sempena Program Wacana Intelektual KE GALERI TUN ABDUL RAZAK SEPERTI:
1. YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling (Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu),
2.Yang Berbahagia Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja),
3.Ts.Noor Hidayat Bin Adnan
(Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR),
4. Puan Miti Fateema Sherzeella
(Pengarah Muzium DiRaja),
5. Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Ibrahim Ghaffar
(Penghulu Adat DiRaja Istana Selangor Darul Ehsan/ Aktivis GAPENA/ Sasterawan dan Budayawan Negara)

 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and shoes
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

29 November 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

ITM CAWANGAN TERENGGANU

Kenangan ITM Cawangan Terengganu di Sura Gate, Dungun sekitar tahun 1970-an yang dibangunkan di atas tanah seluas 17 ekar peninggalan Syarikat Bijih Besi yang disewa oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (PERMINT).

Tahniah Unit Arkib UiTM Cawangan Terengganu (Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terengganu) di atas posting gambar yang menarik.

 

Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: bridge, tree, outdoor and nature

20 November 2019 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

BENGKEL HANDS-ON SISTEM ARKIB UNIVERSITI

Sekitar hari pertama Bengkel Hands-On Sistem Arkib Universiti kepada Staf Unit Arkib Cawangan. Bengkel ini dilaksanakan selama 2 hari ini bermula dari 20 Nov 2019 sehingga 21 Nov 2019 yang bertempat di Pusat IT, PTAR. Taklimat bengkel disampaikan oleh En Kamarul Azwan Azman, Pensyarah Kanan Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Puan Azniza Mohamad Nor, Cik Wan Nur Khalidah, Puan Rapeah, Puan Wan Izzatul dan Encik Mohd Hazrul dari PTAR.

 

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and indoor
Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, office and indoor
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

LATIHAN PENGURUSAN FAIL PEJABAT PELAJAR PENGURUSAN MAKLUMAT

Latihan Fail di Jabatan Arkib Universiti

 

Image may contain: 15 people, people smiling, shoes, child, tree, crowd, car and outdoor
Image may contain: 14 people, people smiling, shoes, child and outdoor
 
 

6 November 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

FELO JABATAN ARKIB UNIVERSITI 

Kami mengalu-alukan kedatangan Felo ke Jabatan Arkib Universiti. Tahniah kami ucapkan.

 

Image may contain: 1 person, smiling, text

11 October 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

KAJIAN LAPANGAN FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

 

Sesi Temubual Kajian Lapangan / Tugasan Akademik Pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, Kampus Puncak Perdana (3 orang) dan juga Kampus Rembau (5 orang) pada 7 Oktober 2019 bagi memenuhi keperluan kursus "Digital Asset and Media Management" (ICM560) serta kursus "Foundation of Archives" (IMD313).

Taklimat dan sesi temubual telah dikendalikan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin.

 

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting and screen
 

 

8 October 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

SESI PENERANGAN KEPADA FELO JABATAN ARKIB UNIVERSITI

Jabatan Arkib Universiti (Jau) telah menerima seorang FELO dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Lantikan YBhg. Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal, Pensyarah Kanan sebagai FELO di JAU bermula dari 1 Okt 2019 sehingga 30 Sept 2020. Pihak kami ingin mengucapkan Selamat Datang ke YBhg Datin ke Jabatan Arkib Universiti dan selamat menjalankan tugas. Semoga dengan kerjasama pihak Fakulti dan JAU dapat membantu dalam memantapkan lagi pengurusan rekod dan arkib di UiTM dengan kepakaran dan kemahiran yang ada.

 

Image may contain: 2 people, people sitting, living room, table and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting, table, screen and indoor
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KUNJUNGAN HORMAT DARI BAHAGIAN REKOD DAN ARKIB KE UMS

Jabatan Arkib Universiti telah menerima kunjungan hormat dari Bahagian Pengurusan Rekod dan Arkib, Perpustakaan UMS seramai 7 orang yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Encik Sabaruddin Mamat. Lawatan selama satu hari ini adalah salah satu lawatan kerja bagi memantapkan lagi pengurusan rekod dan arkib di UMS.

Disamping itu juga, Jabatan Arkib Universiti menerima 3 orang pegawai dari Perpustakaan UMP yang menguruskan Arkib untuk membuat latihan sangkut selama 3 hari bermula pada 5 Ogos 2019. Latihan sangkut ini bertujuan untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai proses kerja pengurusan arkib dan rekod di Universiti untuk diimplementasikan di UMP. Wakil dari UMP di ketuai oleh En. Iswan Akim Ismail dan taklimat mengenai Jabatan Arkib Universiti telah disampaikan oleh En. Mohd Hazrul serta Pn Azniza Mohamad Nor.

 
Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: 2 people, people sitting

5 August 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

MESYUARAT JABATAN ARKIB UNIVERSITI

 

Mesyuarat Jabatan Arkib Universiti, UiTM yg diketuai oleh En. Ariffin Jamaludin dan Pn Azniza bersama Datuk Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia serta Prof Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu di Arkib Negara pada 18 Julai 2019. Sesi pertemuan ini adalah sesi Perbincangan khas mengenai Kongress Nasional Raja Dalam Perlembagaan dan MOU antara UiTM dan ANM.

 

 

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor
Image may contain: 1 person, sitting, eating and indoor
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

KURSUS PENGURUSAN REKOD

 
Sekitar kursus pengurusan rekod di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka oleh En Abdul Razak Abdul Razak Abdul Rahman pada 18 Julai 2019.
 
Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
 
 

18 July 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PROGRAM OUTREACH

 

 Program Outreach@PTAR di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR). 18 Julai 2019.

 

Image may contain: people sitting
No photo description available.

18 July 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PROGRAM OUTREACH

 

Perjumpaan dengan pengurusan kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bagi program outreach@PTAR

 

Image may contain: 4 people, screen, table and indoor
Image may contain: 5 people, people sitting, table, living room and indoor

 

2 July 2019

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

LAWATAN PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT 

 

Lawatan pelajar semester dua Sarjana Muda Pengurusan Rekod dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana pada 7 Mei 2019. Para pelajar ini telah diberi peluang untuk melihat ruang dan koleksi bahan arkib serta diberi taklimat oleh En. Mohd Hazrul Mohd Hussin, Bahagian Konsultasi dan Dokumentasi bagi memenuhi kursus Management of Record in Organisation (IMR451).

 

Image may contain: 5 people, people smiling

 

 8 May 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BACAAN YASIN TAHLIL JABATAN ARKIB UNIVERSITI

 

Sempena Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Jabatan Arkib Universiti sebagai persediaan menjelang bulan Ramadhan yang baraqah.

 

Image may contain: 4 people, including Asyraf Hata and Abdul Razak Abdul Rahman
Image may contain: 4 people
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

PROGRAM OUTREACH FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

Persiapan booth Jabatan Arkib Univrrsiti sempena Program Outreach Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Fakulti Sains Komputer dan Matematik pada 2 Mei 2019.
Image may contain: 1 person
No photo description available.
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

LAWATAN PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

Lawatan Akademik pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Maklumat (IM110), Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan ke Jabatan Arkib Universiti pada 25 April 2019.

Lawatan yang melibatkan seramai 19 orang pelajar dan seorang pensyarah (Puan Nor Kamariah) ini telah disambut dan diberi taklimat oleh Pustakawan Kanan, Bahagian Pengurusan Rekod, Encik Abdul Razak Abdul Rahman.

Tujuan lawatan ini adalah sebagai salah satu pendekatan kepada pelajar-pelajar ini mengenai Pengurusan Rekod dan Arkib serta melihat sendiri bahan-bahan koleksi arkib secara lebih jelas.

Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelawat yang sudi hadir ke Jabatan Arkib Universiti dan memohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan semasa taklimat dan lawatan diadakan.

Image may contain: 11 people, including Abdul Razak Abdul Rahman, people smiling
Image may contain: 19 people, including Asyraf Hata, people smiling
Image may contain: 11 people, including Abdul Razak Abdul Rahman, people smiling

 

 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

LAWATAN PELAJAR FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

 

Dua lawatan pelajar dari UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang seramai 10 orang ke Jabatan Arkib Universiti pada 4 April 2019 bagi melengkap kerja kursus untuk subjek IM313 mereka.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin, Ketua Bahagian Konsultasi dan Dokumentasi dibantu oleh En. Muhammad Asyraf dan Encik Norsam.

No photo description available.
Image may contain: 6 people, people smiling
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

LATIHAN SANGKUT UNIT ARKIB CAWANGAN

 Sepanjang 3 hari latihan sangkut dari 4 Unit Arkib UiTM Cawangan di Jabatan Arkib Universiti berlangsung, mereka di dedahkan dengan teori dan juga praktikal di dalam Pengurusan Rekod dan Arkib serta diberi pendedahan dalam menyediakan penerbitan memori korporat.

 

Image may contain: 6 people, including Asyraf Hata
Image may contain: 7 people
 
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

LATIHAN SANGKUT UNIT ARKIB CAWANGAN

Seramai 14 orang dari Unit Arkib UiTM Cawangan yang mengikuti latihan sangkut (job attachment) di Jabatan Arkib Universiti sedang diberi taklimat pembukaan oleh Ketua Jabatan Arkib Universiti, En. Ariffin Jamaludin. Antara Unit Arkib UiTM Cawangan terlibat adalah dari UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pahang, UiTM Cawangan Selangor dan UiTM Cawangan Sarawak.

Latihan sangkut ini berlangsung pada 26 - 28 Mac 2019 dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan Unit Arkib dari UiTM Cawangan bagi membolehkan mereka melaksanakan pengurusan rekod dan arkib di tempat masing-masing mengikut prosidur, dan tatacara yang mengikut standard.

Image may contain: 2 people
Image may contain: 7 people

 

26 March 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD DAN FAIL 

Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pengurusan Rekod, Jabatan Arkib Universiti memenuhi undangan dari Unit Arkib UiTM Cawangan Kelantan untuk memberi taklimat pengurusan rekod dan fail serta isu keselamatan rekod terperingkat dan pelupusan rekod universiti pada 12 Mac 2019 yang lepas.

 
No photo description available.
No photo description available.

 

14 March 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

LAWATAN UNIT ARKIB MELAKA

Lawatan dari Unit Arkib UiTM Melaka ke Jabatan Arkib Universiti pada 13 Mac 2019 yang diketuai oleh Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan. Turut hadir bersama adalah Dr. Azahar (KPP, FSSR), Pn Roslah (Pustakawan Kanan), Cik Ilya (Pustakawan), & Pn Salina (Pembantu Pustakawan).

 
Image may contain: 4 people
Image may contain: text that says "13 Mar 2019"
 
 

14 March 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PENANDAARASAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI DAN GALERI USM

Lawatan penanda arasan Jabatan Arkib Universiti ke Muzium & Galeri USM yang diketuai oleh En Ariffin Jamaludin. 18 Feb 2019.

Image may contain: 4 people, people smiling
Image may contain: 6 people, including Azniza Mohamad Nor

 

18 February 2019

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

 

KENAIKKAN PANGKAT STAF JABATAN ARKIB UNIVERSITI

Tahniah En. Ariffin Jamaludin dari kami Staf Jabatan Arkib Universiti! Semoga terus cemerlang!

 

Image may contain: Ariffin Jamaludin

30 January 2019 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

LAWATAN PENANDAARASAN PERPUSTAKAAN USM

Lawatan penanda arasan 7 orang staf dari Perpustakaan USM ke Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Jabatan Arkib Universiti pada 28 Januari 2019 (Isnin).

Tujuan lawatan adalah untuk melihat pengurusan koleksi digital perpustakaan dan juga koleksi arkib universiti. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi membuat lawatan ke Jabatan Arkib Universiti yang juga pelawat pertama untuk bangunan baharu kami serta untuk tahun 2019.

Terima kasih!

Image may contain: 3 people
Image may contain: 3 people
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

 

PEMINDAHAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE KOMPLEKS KENANGA KE 2

 

Kerja-kerja pemindahan Jabatan Arkib Universiti ke kompleks kenanga. Part 2

No photo description available.No photo description available.

22 December 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMINDAHAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE KOMPLEKS KENANGA KE 1

 

Kerja-kerja pemindahan Jabatan Arkib Universiti ke Kompleks Kenanga. Part 1

 

Image may contain: Abdul Razak Abdul RahmanImage may contain: 1 person

22 December 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

INFO PEMINDAHAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE KOMPLEKS KENANGA

Untuk makluman tuan/puan, Pihak Jabatan Arkib Universiti sedang dalam proses perpindahan pejabat ke Kompleks Kenanga (Dewan Makan Kolej Kenanga) dari 19-26 Disember 2018. Sebarang aktiviti dan perkhidmatan ditangguhkan seketika sehingga selesai. Harap Maklum dan mohon maaf diatas kesulitan yang berlaku.

 

No photo description available.No photo description available.

19 December 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH BULANAN

Sempena Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah Bulanan yg diadakan di Bangunan baharu Jabatan Arkib Universiti bersama warga PTAR, UiTM Shah Alam pada 26 Okt 2018.

 

Image may contain: 5 people, including Ariffin Jamaludin
Image may contain: 1 person
Image may contain: 3 people
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

PEMINDAHAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE KOMPLEKS KENANGA FASA 1

 
 
Proses pemindahan ke bangunan baharu Jabatan Arkib Universiti fasa pertama.
 
 
 
No photo description available.
No photo description available.
Image may contain: Mohd Norsham Yp

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PENYERAHAN KUNCI KEPADA KETUA JABATAN ARKIB UNIVERSITI

Sekitar penyerahan kunci pada 15 Okt 2018 kepada Jabatan Arkib Universiti yang diterima oleh Ketua Jabatan Arkib, En. Ariffin Jamaludin. Bangunan asal telah diubahsuai daripada Dewan Makan Kolej Kenanga kepada bangunan baharu Jabatan Arkib Universiti untuk menempatkan bahan-bahan arkib universiti. Projek ubahsuai yang telah dilaksanakan pada 1 Mac 2018 siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2018.

 

Image may contain: 1 person
Image may contain: 4 people, including Azniza Mohamad Nor
 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

BANGUNAN BARU JABATAN ARKIB UNIVERSITI

Bangunan Baru Jabatan Arkib Universiti , PTAR Perpustakaan Uitm

 

No photo description available.

12 oktober 2018

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

BENGKEL PENYEDIAAN METADATA SISTEM ARKIB UNIVERSITI

Sekitar Bengkel Penyediaan Metadata Sistem Arkib Universiti Berdasarkan ISAD(G): General International Standard Archival Description - 2nd ed di ILD, Bandar Enstek.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini bermula dari 10 sehingga 12 Okt 2018 dianjurkan oleh Jabatan Arkib Universiti dengan kerjasama Pensyarah Pengurusan Rekod dari Fakulti Pengajian Maklumat bagi memahami dan membincangkan dengan lebih lanjut perkara ISAD(G) untuk membina Metadata bagi Sistem Arkib Universiti yang masih dalam pembangunan.

 

Image may contain: Perpustakaan UiTM
Image may contain: Perpustakaan UiTM
 

10 October 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PERSEDIAAN PERPINDAHAN KE BANGUNAN BARU ARKIB

Persediaan perpindahan ke bangunan baharu Jabatan Arkib Universiti setelah hampir 21 tahun menduduki di bangunan sedia ada di bawah Dewan Seri Budiman. Jabatan Arkib Universiti akan berpindah ke bangunan baharu di dewan makan lama Kolej Kenanga bagi menempatkan koleksi bahan arkib yang semakin bertambah.

 

No photo description available.
Image may contain: 2 people, including Mohd Norsham Yp, people smiling

 

9 October 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

SESI RAKAMAN SEJARAH LISAN BERSAMA TOKOH ITM

Sekitar sesi rakaman sejarah lisan bersama tokoh ITM, Prof. Dato' Dr. Hj. Mansor bin Hj. Salleh, mantan Pengarah ITM ke-11 di Bilik Auditorium Perpustakaan Undang-undang, UiTM pada 25 September 2018. Turut dihadiri oleh tenaga pakar sejarah lisan dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Pn. Nik Azliza Nik Ariffin, Pensyarah Kanan dan Datin Rokiah Hassan, Isteri kepada Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor.

Sesi temuramah telah dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Arkib, Jabatan Arkib Universiti. Fokus untuk sesi kali ini adalah berkenaan dengan biografi Dato' sahaja dan bagi sesi seterusnya akan membincangkan secara lanjut dan mendalam mengenai polisi pentadbiran ketika beliau menjadi Pengarah ITM.

Terima kasih diucapkan di atas kerjasama kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sesi sejarah lisan ini.

 

Image may contain: 1 person
Image may contain: 1 person
 
 

25 September 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS KERJASAMA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT BERSAMA JABATAN ARKIB UNIVERSITI

 

 

Jabatan Arkib Universiti, PTAR menjalinkan kerjasama yang sangat baik bersama Fakulti Pengurusan Maklumat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengurusan rekod dan arkib.

Seramai 110 pelajar semester 4, Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana menjalani latihan amali penilaian dan pelupusan rekod di Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi subjek IMR556 dari 22 September 2018 sehingga 14 Oktober 2018.

 

Image may contain: 6 people, people smiling
Image may contain: 3 people, people smiling

23 September 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PROGRAM ANJURAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI DI ILD

Sekitar program anjuran Jabatan Arkib Universiti di Institute of Leadership and Development (ILD), UiTM Bandar Enstek, Negeri Sembilan berkenaan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod UiTM yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri Bin Abdul Kadir, Ketua Seksyen Konsultasi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia.

Taklimat yang berlangsung selama satu hari pada 19 September 2018 ini dihadiri oleh semua wakil dari setiap UiTM Cawangan dan telah dirasmikan oleh En Noor Hidayat bin Adnan, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM. Objektif bengkel ini adalah bagi memastikan PTJ mengetahui dan mematuhi Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia. Selain daripada itu, setiap PTJ perlu membentuk Pasukan Petugas Penyediaan PTBR iaitu dengan melantik pegawai dan kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pelaksanaan PTBR. Satu pasukan yang dianggotai oleh Ketua-ketua Bahagian/Seksyen/Unit perlu dilantik bagi menganggotai pasukan ini. Setiap ahli diharapkan akan dapat memberikan input mengenai keperluan yang akan digariskan dalam PTBR.

Diharapkan dengan program taklimat yang dijalankan ini dapat mewujudkan PTBR yang cekap di setiap Jabatan di seluruh sistem UiTM serta meminimakan kemusnahan rekod agar dapat disimpan kekal.

 

Image may contain: 6 people, including Ariffin Jamaludin, Perpustakaan UiTM and Abdul Razak Abdul Rahman, people smiling
No photo description available.
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN REKOD UNIVERSITI JABATAN ARKIB UNIVERSITI

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Rekod Universiti Jabatan Arkib Universiti bersama-sama Fakulti Pengurusan Maklumat pada 14 Ogos 2018 di Bilik Mesyuarat PTAR Undang-Undang, UiTM Shah Alam.

Mesyuarat yg bersidang dua kali setahun ini dipengerusikan oleh Encik Ariffin Jamaludin, Ketua Jabatan Arkib Universiti bagi membincangkan beberapa agenda penting bagi memantapkan lagi Pengurusan Rekod di UiTM.

Antara ahli jawatankuasa dari Fakulti yang hadir adalah Prof Madya Dr. Hjh Aliza Ismail, Dr. Saiful Farik Mat Yatin, Dr. Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi, Prof. Madya Dr. Azman Mat Isa, Puan Nik Azliza Nik Ariffin, Encik Kamarul Azwan Azman, Encik Wan Abdul Malek Wan Abdullah dan Encik Jafalizan Md Ali.

Sementara dari Jabatan Arkib Universiti dihadiri oleh Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Arkib, Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pengurusan Rekod, Cik Wan Nur Khalidah Wahed, Penolong Pegawai Arkib.

Image may contain: 4 people, including Kamarul Azwan Azman and Perpustakaan Sultan Badlishah, people smiling
Image may contain: 3 people

14 August 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

JOB ATTACHMENT KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI

 

"Job attachment" ke Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam. 25- 27 Julai 2018. Peserta adalah daripada wakil Unit Arkib Cawangan, PTAR UiTM Caw. Neg. Sembilan & Perpustakaan UiTM Caw Melaka.
Tujuan adalah untuk mempelajari:
1.Pengurusan Rekod & Fail Jabatan,
2.Pengurusan Arkib
3.Pemuliharaan dan Pendigitalan Bahan

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Arkib Universiti atas penerangan mengenai fungsi & tugasan yang perlu dilaksanakan dalam membangunkan Unit Arkib Cawangan.

 

Image may contain: 6 people, people smiling
Image may contain: 10 people, people smiling, text that says "Jabatan Arkib Universiti Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)"
 
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

LAWATAN PEGAWAI JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

 

Sekitar lawatan Pegawai Jabatan Arkib Universiti ke Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan, Arkib Negara Malaysia pada 16 Julai 2018 bagi membincangkan Klasifikasi Fail untuk UiTM yang diketuai oleh Encik Shaidin Shafie bersama dengan Encik Ismail Md Yusof (Ketua Seksyen Pelupusan Rekod), dan Tuan Haji Ahmad Sukri Hj Abd Kadir (Ketua Seksyen Konsultasi dan Latihan). Terima kasih di atas nasihat, teguran dan maklumat yang telah disampaikan bagi menambahbaik sistem KF UiTM.

 

Image may contain: 4 people
No photo description available.
 
 

17 July 2018 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR STAF JABATAN ARKIB UNIVERSITI 

Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Staf Jabatan Arkib Universiti bulan Mei, Jun, Julai 2018 serta Majlis Perpisahan 2 orang Pelajar Praktikal iaitu saudari Anis dan Aida dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana dan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 2018 1439h pada 29 Jun 2018.

 

Image may contain: 9 people, including Azniza Mohamad Nor and Chinta LuQza Fiza
Image may contain: 13 people, including Chinta LuQza Fiza and Mohd Norsham Yp, people smiling

3 July 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

LAWATAN YBHG. TAN SRI DATO' ACADEMICIAN IR. DR AHMAD ZAIDEE BIN LAIDIN

Sekitar lawatan Ybhg. Tan Sri Dato' Academician Ir. Dr. Ahmad Zaidee bin Laidin, FASc, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM ke Jabatan Arkib Universiti pada 30 Mac 2018.

Tujuan lawatan beliau adalah untuk melihat fail-fail peribadi sepanjang beliau bertugas sebagai Pengarah/Rektor ITM dan juga Naib Canselor UiTM yang pertama. Selain daripada itu, beliau juga turut mengadakan sedikit sesi perbincangan bersama Jabatan Arkib Universiti bagi memastikan rekod-rekod dan bahan bernilai sejarah di UiTM dapat dikenalpasti & dipelihara dengan baik serta sistematik.

Terima kasih diucapkan kepada Ybhg. Tan Sri kerana sudi meluangkan masa dan memberi pendapat bagi meningkat pembangunan bahan arkib di UiTM.

 

Image may contain: 5 people, people smiling
Image may contain: 4 people

30 March 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

LAWATAN PENANDA ARASAN PERPUSTAKAAN TENGKU ANIS, UiTM CAWANGAN KELANTAN

Sekitar lawatan Penanda Arasan dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan ke Jabatan Arkib Universiti pada 21 Mac 2018.

Seramai 4 orang peserta telah terlibat dalam lawatan ini. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mengetahui tentang amalan terbaik yang dilaksanakan di Jabatan Arkib Universiti dari segi penyimpanan, pelupusan serta pemuliharaan dan pemeliharaan bahan dan dokumen kerana Perpustakaan Tengku Anis dalam proses untuk mewujudkan unit arkib sendiri.

Lawatan telah disambut oleh Encik Ariffin dan Encik Abdul Razak.

 

Image may contain: 5 people, including Asyraf Hata, people smiling
Image may contain: 8 people, including Abdul Razak Abdul Rahman and Ariffin Jamaludin, people smiling

 22 March 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

LAWATAN PELAJAR DARI UiTM CAWANGAN KELANTAN KE JABATAN ARKIB UNIVERSITI

Sekitar lawatan pelajar dari UiTM Kelantan Cawangan Machang ke Jabatan Arkib Universiti pada 15 Mac 2018.

Seramai 50 orang pelajar telah terlibat dalam lawatan ini. Tujuan lawatan akademik diadakan adalah untuk mengetahui tentang sumber-sumber bercetak dalam Jabatan arkib Universiti dan mempelajari cara-cara menguruskan repositori institusi dan pengimbangan bahan dalam Jabatan Arkib Universiti.

Lawatan diketuai Puan Nor Kamariah Bt. Chik yang telah disambut oleh Encik Ariffin, Encik Abdul Razak dan Puan Azniza.
Semoga lawatan ini bermanfaat dan mencapai objektif yang diharapkan

 

Image may contain: 8 people
Image may contain: 8 people, people smiling

 15 March 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

HARI TERAKHIR 12 PELAJAR SKIM KHIDMAT PELAJAR DI JABATAN ARKIB UNIVERSITI

Meraikan hari terakhir 12 orang pelajar yang terlibat dengan Skim Khidmat Pelajar (SKP) di Jabatan Arkib Universiti. Terima kasih kami ucapkan di atas kerjasama yang diberikan selama sebulan berkhidmat di Jabatan Arkib Universiti. Semoga sama-sama dapat manfaat ketika berada disini. Selamat Berkuliah!

Image may contain: 2 people
Image may contain: 6 people, people smiling
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 

PROGRAM PENGURUSAN ARKIB DAN REKOD UiTM CAWANGAN

 

Program Pengurusan Arkib dan Rekod UiTM Cawangan yang dilaksanakan dari bulan Julai 2017 melibatkan seluruh UiTM Cawangan berakhir dengan UiTM Cawangan Sarawak pada 17 Januari 2018. Terima kasih warga UiTM Sarawak khasnya dan juga UiTM Cawangan lain di atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Tahniah diatas anjuran program yang sangat mendapat sambutan ditempat tuan puan sekalian. Semoga apa yang telah disampaikan dapat memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya Pengurusan Rekod yang di Jabatan/Bahagian/Unit/Pusat tuan puan sekaligus melaksanakannya dengan sistematik dan teliti.

Semoga kita dapat bersua kembali di masa akan datang.

TERIMA KASIH!

 

Image may contain: 1 person

17 January 2018

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN ARKIB DAN REKOD DI UiTM CAWANGAN SABAH

Sekitar Program Taklimat Pengurusan Arkib dan Rekod di UiTM Cawangan Sabah pada 15 Januari 2018. Sesi taklimat diteruskan lagi dengan lawatan dan khidmat nasihat bilik fail/bilik rekod di bahagian pentadbiran, kewangan, HEP, HEA dan lain-lain.

Program taklimat diteruskan lagi ke UiTM Cawangan Sarawak pada 17 Januari 2018. Siri taklimat ini dimulakan pada bulan Mei 2017 di sekitar UiTM semenanjung dan berakhir di UiTM Cawangan Sabah dan Sarawak.

Terima kasih UiTM Sabah di atas perhatian dan kerjasama yang telah diberikan.

 

Image may contain: 2 people
Image may contain: 1 person
 

16 January 2018

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------