Shah Alam, 10 Jun 2026 – Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM), Bahagian Arkib Universiti telah menganjurkan Taklimat Mega Pengarah Bahagian Arkib Universiti yang disampaikan oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti.
Taklimat ini diadakan sebagai platform untuk berkongsi maklumat mengenai peranan strategik arkib dalam menyokong tadbir urus universiti yang cekap, memelihara memori institusi serta memperkukuhkan pengurusan rekod dan arkib sebagai sumber rujukan yang autentik dan bernilai tinggi.
Dalam sesi tersebut, Encik Ahmad Amiri Mohamad menjelaskan bahawa arkib bukan sekadar tempat penyimpanan rekod sejarah, malah berfungsi sebagai sumber penting dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti dan kesinambungan pentadbiran universiti. Beliau turut menekankan kepentingan pemeliharaan bahan arkib sebagai warisan institusi yang perlu dipelihara untuk manfaat generasi kini dan akan datang.
Taklimat ini juga menyentuh mengenai hala tuju transformasi arkib digital yang sedang dilaksanakan bagi memastikan pengurusan rekod dan maklumat universiti dapat diakses dengan lebih cekap, sistematik dan selamat. Pendigitalan arkib dilihat sebagai langkah penting dalam menghadapi cabaran era digital serta memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang.
Selaras dengan tema Hari Arkib Antarabangsa 2026, “Archives for Justice: Rights, Memory and Future” (Arkib untuk Keadilan: Hak, Memori dan Masa Depan), sesi ini turut memberi penekanan terhadap peranan arkib dalam melindungi hak, memelihara memori kolektif dan membentuk masa depan yang lebih berinformasi melalui pengurusan rekod yang berkesan.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengikuti sesi tersebut secara langsung, rakaman taklimat boleh ditonton melalui pautan berikut:
• YouTube: https://www.youtube.com/live/6CXmKe9uorE?si=LErRGRGmyfPev6rv
#uitm
#uitmdihatiku
#IAW2026
#internationalarchivesweek2026
#archives


