Audit Pengurusan Rekod Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 09 April 2026 – Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UiTM Shah Alam telah menjalani Audit Pengurusan Rekod sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan tadbir urus rekod dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi piawaian universiti. Sesi audit ini telah dihadiri oleh wakil fakulti yang diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin @ Bharun, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), bersama pengurus rekod fakulti yang turut serta bagi meneliti dan memahami keperluan pelaksanaan audit dengan lebih mendalam.

Sepanjang audit berlangsung, sebanyak 28 kriteria penilaian telah digunakan sebagai panduan utama dalam menilai aspek pengurusan rekod, meliputi proses, pematuhan serta dokumentasi yang berkaitan.

Audit ini telah dilaksanakan oleh barisan auditor yang dilantik daripada pelbagai cawangan UiTM, iaitu:

1. Cik Ilya Nur Fateen binti Othman – UiTM Cawangan Melaka
2. ⁠Puan Siti Fazlina binti Mohamed Rafi – UiTM Cawangan Selangor⁠
3. ⁠Puan Siti Rozana binti Mat Sanat – UiTM Cawangan Johor
4. ⁠Encik Mohamad Azrin bin Ismail – UiTM Cawangan Negeri Sembilan
5. ⁠Cik Noor Syafika binti Zulkifeli – Bahagian Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam

Sesi audit telah berlangsung selama 2 jam, bermula dari 2.45 petang hingga 4.45 petang, dengan kerjasama baik daripada pihak fakulti sepanjang proses penilaian dijalankan.

Diharapkan hasil audit ini dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan rekod di FKE serta memperkukuh lagi amalan pengurusan rekod yang cekap, teratur dan berintegriti di UiTM.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my