SHAH ALAM, 09 April 2026 – Telah berlangsung Audit Pengurusan Rekod di Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam yang melibatkan semakan menyeluruh terhadap amalan pengurusan rekod fakulti selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan.
Audit ini telah dihadiri oleh wakil fakulti yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Norjansalika binti Janom, Dekan Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam. Turut hadir adalah barisan pengurusan kanan fakulti bagi mendapatkan pendedahan serta pemahaman yang lebih jelas berkaitan prosedur audit pengurusan rekod.
Sepanjang sesi audit dijalankan, sebanyak 28 kriteria utama telah disemak bagi memastikan pematuhan terhadap standard pengurusan rekod universiti. Audit ini telah berlangsung selama 3 jam, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Audit pengurusan rekod ini telah dilaksanakan oleh barisan auditor yang dilantik daripada pelbagai cawangan UiTM, iaitu:
1. Cik Ilya Nur Fateen binti Othman – UiTM Cawangan Melaka
2. Puan Siti Fazlina binti Mohamed Rafi – UiTM Cawangan Selangor
3. Puan Siti Rozana binti Mat Sanat – UiTM Cawangan Johor
4. Encik Mohamad Azrin bin Ismail – UiTM Cawangan Negeri Sembilan
5. Cik Noor Syafika binti Zulkifeli – Bahagian Arkib Universiti, PTAR UiTM Shah Alam
Diharapkan pelaksanaan audit ini dapat membantu memperkukuh amalan pengurusan rekod di peringkat fakulti serta memastikan pematuhan kepada standard yang ditetapkan, seterusnya meningkatkan kecekapan pengurusan rekod universiti secara menyeluruh.





