SHAH ALAM — Bahagian Arkib Universiti (BARU), Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melaksanakan Audit Pengurusan Rekod di Jabatan Akademik dan Antarabangsa pada 22 September 2026.
Sesi pengauditan ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan rekod di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) sentiasa mematuhi prosedur serta peraturan yang telah ditetapkan. Inisiatif ini penting untuk memastikan semua rekod universiti diselenggara dalam keadaan teratur, mudah dicapai apabila diperlukan, serta kekal terpelihara dengan selamat.
Pengauditan di Jabatan Akademik dan Antarabangsa ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Rekod, Pn. Azura Mohamad Hashim selaku Ketua Auditor, bersama barisan auditor universiti yang terdiri daripada:
En. Herman Tanbeh
En. Muhammad Shazwan Muhamad Noor
Objektif dan Pematuhan Piawaian Kebangsaan
Pihak Bahagian Arkib Universiti berharap agar Lawatan Audit Pengurusan Rekod ini dapat memastikan setiap pelaksanaan tadbir urus dokumen dilaksanakan secara sistematik. Di samping itu, sesi audit ini juga bertujuan memastikan pengendalian fail di PTj mematuhi piawaian dan peraturan ketat yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) serta Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).
#uitm
#uitmdihatiku
#arkib
#RecordsManagement






