Audit Pengurusan Rekod Fakulti Alam Bina UiTM Shah Alam

Shah Alam, 14 April 2026 – Audit Pengurusan Rekod (sesi Pagi) telah dilaksanakan di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaras dengan Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti pada 18 November 2020.

Audit ini telah diketuai oleh Puan Azura Mohamad Hashim bersama barisan auditor iaitu Puan Siti Salwa A. Rahman, Encik Herman Tanbeh dan Encik Muhamad Shazwan Mohd Noor. Pelaksanaan audit ini bertujuan memastikan pengurusan dokumen terbuka serta dokumen rahsia rasmi dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, di samping menguatkuasakan penggunaan sepenuhnya Digital Document Management System (DDMS) 2.0 di UiTM Shah Alam.

Sepanjang pelaksanaan audit, kerjasama yang baik telah diberikan oleh pihak fakulti khususnya Puan Ezurya Rathi, Timbalan Pendaftar Kanan, barisan Timbalan Dekan serta warga pentadbiran Fakulti Alam Bina.

Usaha berterusan ini diharapkan dapat memperkukuh amalan pengurusan rekod yang sistematik dan berintegriti dalam kalangan warga UiTM. Seiring dengan itu, prinsip “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul” terus dijadikan panduan dalam memastikan pematuhan terhadap standard pengurusan rekod yang berkualiti.

#uitm
#uitmdihatiku
#arkib
#RecordsManagement

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my