Audit Pengurusan Rekod telah dilaksanakan pada 7 April 2026 (sesi petang), selaras dengan Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada 18 November 2020.
Pusat Tanggungjawab (PTj) pertama yang diaudit ialah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Pasukan audit telah diketuai oleh Pn. Azniza Binti Mohamad Nor bersama auditor Pn. Wan Nur Khalidah Binti Wahed, Pn. Nor Hafizah Binti Ismail dan Pn. Nor'ain Binti Mohd Noor.
Tujuan audit pengurusan rekod ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pengurusan dokumen terbuka dan dokumen rahsia rasmi diuruskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Selain itu, audit ini juga bertujuan untuk memperkukuh serta menguatkuasakan penggunaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 secara menyeluruh di UiTM Shah Alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia, timbalan-timbalan dekan, serta kakitangan pentadbiran fakulti atas kerjasama yang amat baik sepanjang proses audit dijalankan.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.




