Shah Alam, 15 April 2026 – Satu Audit Pengurusan Rekod telah dilaksanakan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh tadbir urus rekod universiti.
Berlandaskan Dasar Pengurusan Rekod UiTM, audit ini memberi penekanan terhadap pengurusan dokumen terbuka serta dokumen rahsia rasmi secara sistematik dan berintegriti. Selain itu, pelaksanaan audit turut menilai tahap penggunaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 secara menyeluruh di UiTM Shah Alam.
Audit ini telah dikendalikan oleh barisan auditor yang diketuai oleh Puan Azniza Binti Mohamad Nor, bersama Puan Nor'ain Binti Mohd Noor, Puan Nor Hafizah Ismail dan Puan Rizana Radwan.
Sepanjang pelaksanaan audit, kerjasama yang baik telah diberikan oleh seluruh warga Fakulti Undang-Undang. Komitmen ini mencerminkan kesungguhan fakulti dalam memastikan pematuhan terhadap dasar serta amalan terbaik dalam pengurusan rekod universiti.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan audit ini.
#uitm
#uitmdihatiku
#arkib
#RecordsManagement



