Penyerahan rekod penting daripada Unit Pengurusan Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar

28 November 2025 Bahagian Arkib Universiti telah menerima penyerahan rekod penting daripada Unit Pengurusan Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar, melibatkan fail peribadi staf akademik dan bukan akademik yang bersara serta tamat perkhidmatan.


Melalui proses penyerahan ini, rekod-rekod bernilai kekal diuruskan dengan lebih sistematik untuk tujuan rujukan, penyelidikan, pengesahan maklumat serta pemeliharaan warisan institusi. Inisiatif ini turut memperkukuh tadbir urus rekod UiTM, selaras dengan dasar pematuhan dan amalan terbaik pengurusan arkib universiti.


Bahagian Arkib Universiti merakamkan penghargaan kepada Unit Pengurusan Perkhidmatan atas kerjasama berterusan dalam memastikan integriti dan kesinambungan maklumat organisasi sentiasa terpelihara.

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my