Bengkel Pengurusan Rekod Jabatan Akademik & Antarabangsa (HEA)

Pada 11 Mac 2026 (Rabu) telah berlangsung Bengkel Pengurusan Rekod bersama Jabatan Akademik & Antarabangsa (HEA) bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Bengkel ini diadakan atas jemputan pihak HEA kepada Bahagian Arkib Universiti bagi memperkukuh kefahaman serta amalan terbaik dalam pengurusan rekod dan dokumen rasmi selaras dengan garis panduan pengurusan rekod universiti.

Sesi bengkel ini memberi penekanan kepada pengurusan dokumen terbuka dan dokumen rahsia rasmi yang disampaikan oleh pegawai berpengalaman. Cik Noor Syafika Zulkifeli berkongsi panduan berkaitan pengurusan dokumen terbuka, manakala Puan Azura Mohamad Hashim memberikan penerangan mengenai tatacara pengendalian dokumen rahsia rasmi secara lebih teratur serta mematuhi prosedur keselamatan maklumat.

Bengkel ini turut dipandu oleh Puan Nor Hafizah Ismail selaku fasilitator melalui sesi perkongsian ilmu, perbincangan serta soal jawab bersama para peserta bagi meningkatkan pemahaman berkaitan pengurusan rekod yang sistematik.

Sesi pada sebelah petang diteruskan dengan panduan penggunaan Archive Tracking System (ATS) serta pengenalan kepada Repositori Tadbir Urus Universiti (RDU) dan Repositori Memori UiTM sebagai platform pengurusan serta pemeliharaan rekod dan bahan rujukan universiti secara lebih teratur dan berpusat.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan warga jabatan dalam mengurus, menyimpan dan memelihara rekod dengan lebih sistematik, selaras dengan keperluan tadbir urus universiti yang berkesan serta pemeliharaan memori institusi untuk rujukan masa hadapan.

uitm #uitmdihatiku #recordsmanagement

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my