Audit Pengurusan Rekod di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM

SHAH ALAM — Bahagian Arkib Universiti (BARU), Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjalankan Pelaksanaan Audit Pengurusan Rekod di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) pada 21 September 2026.

Sesi pengauditan ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan rekod di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) sentiasa mematuhi prosedur serta peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, inisiatif ini bertujuan memastikan semua rekod universiti diselenggara dalam keadaan teratur, mudah dicapai apabila diperlukan, serta kekal terpelihara dengan selamat.

Pengauditan di FSR diketuai oleh Ketua Seksyen Audit dan Inspektorat, Pn. Azniza Mohamad Nor, bersama barisan auditor yang terdiri daripada:

Wan Nur Khalidah Binti Wahed

Pn. Nor Hafizah Ismail

Puan Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri

Objektif & Pematuhan Piawaian Kebangsaan
Pihak Bahagian Arkib Universiti mengharapkan agar Lawatan Audit Pengurusan Rekod UiTM ini dapat memastikan setiap pelaksanaan tadbir urus dokumen dijalankan secara sistematik. Sesi audit ini juga memastikan pengendalian fail di PTj mematuhi piawaian serta peraturan ketat yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

#uitm
#uitmdihatiku
#arkib
#RecordsManagement

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my