Hari Pertama Kursus Pengesahan Lantikan Pengurus Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) di ILD UiTM Bandar Enstek

15 Jun 2026 – Hari Pertama Kursus Pengesahan Lantikan Pengurus Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) di ILD UiTM Bandar Enstek

Seramai 135 orang peserta yang telah dilantik sebagai Pengurus Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) menghadiri hari pertama Kursus Pengesahan Lantikan Pengurus Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) yang berlangsung di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek pada 15 Jun 2026.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan bagi meningkatkan kompetensi peserta mengenai prinsip, dasar, perundangan serta amalan terbaik dalam pengurusan rekod organisasi selaras dengan keperluan tadbir urus universiti. Program ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab pegawai yang dilantik untuk menguruskan rekod jabatan secara sistematik dan berkesan.

Sepanjang hari pertama kursus, para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting pengurusan rekod yang merangkumi pengenalan kepada pengurusan rekod, perundangan pengurusan rekod, klasifikasi fail, pewujudan dan penawanan rekod, penggunaan serta penyenggaraan rekod, dan pelupusan rekod awam. Pendedahan ini bertujuan memastikan peserta memahami keseluruhan kitaran hayat rekod serta kepentingannya dalam menyokong urusan pentadbiran dan tadbir urus universiti.

Melalui sesi perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah berpengalaman daripada Arkib Negara Malaysia, para peserta berpeluang memperkukuhkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan rekod mengikut piawaian dan peraturan yang ditetapkan. Sesi interaktif yang dijalankan turut memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan serta membincangkan cabaran dan amalan terbaik dalam pengurusan rekod di jabatan masing-masing.

#uitm
#uitmdihatiku
#archives
#recordsmanagement

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my