ALOR GAJAH, 15 Jun 2026 – Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan delegasi antarabangsa yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah dari Universitas Airlangga (UNAIR) serta President University, Indonesia.
Lawatan ini merupakan salah satu pengisian program Kerjasama Antarabangsa, Pertukaran Akademik dan Kolaborasi Antarabangsa yang berlangsung di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bermula 14 Jun hingga 20 Jun 2026. Seramai 20 orang pelajar dari Universitas Airlangga, 3 orang dosen Universitas Airlangga serta 5 orang dosen daripada Universiti Presiden, Indonesia telah menyertai lawatan ke Unit Arkib Cawangan Melaka bagi mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan rekod dan arkib universiti.
Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan penerangan mengenai peranan dan fungsi Unit Arkib Cawangan Melaka dalam mengurus, memelihara dan memulihara rekod penting universiti sebagai sumber rujukan dan warisan institusi. Delegasi turut berpeluang melihat dengan lebih dekat kemudahan dan proses kerja yang dijalankan di unit arkib.
Lawatan ini bukan sahaja memperkenalkan pengurusan rekod dan arkib di UiTM, malah menjadi platform perkongsian ilmu serta pengukuhan hubungan akademik antara institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan Indonesia.
PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan terima kasih atas kunjungan yang diberikan dan berharap jalinan kerjasama akademik antarabangsa ini akan terus berkembang pada masa hadapan.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Lawatan: PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka