Penjilidan Bahan oleh 9 Orang Pelajar Latihan Industri

Kenangan proses penjilidan bahan yang dilaksanakan oleh sembilan orang pelajar latihan industri ini terpahat dengan penuh makna apabila setiap pelajar membawa pulang satu naskhah hasil hot stamping yang dihasilkan sendiri di bawah bimbingan staf Bahagian Arkib Universiti.

Naskhah istimewa tersebut bukan sekadar manifestasi seni kerja tangan, malah menjadi simbol pengalaman pembelajaran yang bernilai dan signifikan, seterusnya kekal sebagai kenangan bermakna yang akan diingati sepanjang hayat.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my