Konsultasi Penyerahan Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod dan Lawatan ke Unit Arkib Cawangan Melaka

ALOR GAJAH, 18 Jun 2026 - Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada Unit Latihan Praktikal, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya bagi sesi konsultasi berkaitan penyerahan Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod serta lawatan ke Unit Arkib Cawangan Melaka.

Kunjungan Unit Latihan Praktikal diketuai oleh Dr. Nor Azmawati binti Husain bersama dua orang pelajar latihan industri, iaitu Akmal Danial bin Abdul Rashid dan Nurul Thaqifah binti Abdul Malek. Kehadiran mereka telah disambut oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi konsultasi ini bertujuan memberikan penerangan dan panduan berkaitan tatacara pengurusan rekod, khususnya proses penentusahan dan pemusnahan rekod mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Selain itu, sesi lawatan sekitar Unit Arkib Cawangan Melaka turut memberi peluang kepada mereka melihat pameran History Walk yang terdapat di unit arkib. Para peserta juga dimaklumkan bahawa Unit Arkib Cawangan Melaka baharu sahaja mengadakan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2026 peringkat UiTM Cawangan Melaka sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan rekod dan pemeliharaan warisan dokumentasi institusi.

Semoga sesi perkongsian dan konsultasi ini dapat memperkukuhkan kefahaman serta meningkatkan amalan pengurusan rekod yang lebih berkesan dalam kalangan warga UiTM.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Kursus: PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my