UiTM Kongsi Pengalaman Transformasi Pengurusan Rekod di Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026

SHAH ALAM — Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengukuhkan posisinya sebagai pemacu kecemerlangan tadbir urus sektor awam menerusipenganjuran dalam Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 9 hingga 10 September 2026 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. 

Bersempena dengan konvensyen ini, Jabatan Perpustakaan melalui bahagian Arkib Universiti (BARU) telah menghasilkan penulisan yang bertajuk Transformasi Pengurusan Rekod ke arah Tadbir Urus Cekap : Pengalaman UiTM.  Penulisan ini dihasilkan oleh Pn Azura binti Mohamad Hashim, En Ahmad Amiri bin Mohamad, dan Ts. Haji Azizi bin Hj Jantan  telah terpilih untuk dibentangkan kepada  peserta konvensyen. 

Pembentangan tersebut mengetengahkan pelbagai insiatif strategik serta amalan terbaik yang dilaksanakan di UiTM dalam proses transformasi pengurusan rekod dan fail. Fokus utama penulisan ini adalah kepada penggunaan sistem pengurusan rekod di UiTM, pengurusan perubahan, pemerkasaan pengurusan rekod digital serta impaknya kepada tadbir urus universiti. 

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua agensi, badan berkanun, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan yang menyertai konvensyen pada kali ini.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my