Shah Alam, 16 April 2026 – Pengarah Bahagian Arkib Universiti, Encik Ahmad Amiri Mohamad telah mengadakan kunjungan ke kediaman mantan Ketua Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang ke-4 Institut Teknologi MARA (ITM), Haji Mohammad Bokhari Shariff di Shah Alam.
Kunjungan ini bukan sekadar lawatan biasa, malah merupakan satu momen bermakna dalam usaha menyantuni alumni, di samping mendengar perkongsian kisah perjuangan serta merekodkan peristiwa penting dalam sejarah universiti.
Dalam kunjungan tersebut, pihak Bahagian Arkib Universiti turut berbesar hati menerima sumbangan koleksi peribadi milik beliau yang mempunyai nilai sejarah tinggi. Antara koleksi yang diterima termasuk kad pelajar semasa beliau menuntut di Maktab MARA pada tahun 1967, sijil majistret bertarikh 1974, surat peribadi daripada Encik Arshad Ayub pada tahun 1976 serta koleksi gambar berkaitan Kajian Undang-Undang di Seksyen 17, Petaling Jaya.
#uitm
#uitmdihatiku
#UiTM7Dekad
#ITM
#alumni




