Kursus Pengesahan Lantikan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ)

BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN, 15 - 16 Jun 2026 – Seramai 135 orang peserta yang telah dilantik sebagai Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) telah menghadiri Kursus Pengesahan Lantikan PRJ dan PTRJ yang berlangsung selama dua hari di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah daripada Arkib Negara Malaysia iaitu Puan Qahera binti Alian dan Puan Umi Nur Zahidah binti Mohd Kaslan, yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan amalan terbaik pengurusan rekod sektor awam.

Antara topik yang telah dibincangkan sepanjang kursus adalah:
📌 Pengenalan Pengurusan Rekod
📌 Perundangan Pengurusan Rekod
📌 Klasifikasi Fail
📌 Pewujudan dan Penawanan Rekod
📌 Penggunaan dan Penyenggaraan Rekod
📌 Pelupusan Rekod Awam

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta kompetensi peserta dalam mengurus rekod jabatan secara sistematik, teratur dan mematuhi perundangan serta garis panduan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia. Seramai 7 orang staf UiTM Cawangan Melaka telah menyertai kursus ini bagi memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan rekod universiti.

Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam pengurusan rekod di peringkat jabatan dan seterusnya menyokong tadbir urus universiti yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Kursus: PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my