Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod pada 27 April 2026 (Isnin) bertujuan meningkatkan kompetensi pengurusan rekod dalam kalangan semua Pengurus Rekod FSKM.
Kursus dimulakan dengan Modul Pengurusan Dokumen Terbuka yang dilaksanakan pada hari pertama dan disampaikan oleh Puan Azura Mohamad Hashim serta Cik Noor Syafikah Zulkifeli, dengan bantuan Puan Norhafizah Ismail selaku fasilitator.
Modul tersebut memberi penekanan kepada tatacara pengurusan rekod terbuka mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Para peserta turut didedahkan dengan amalan semasa pengurusan rekod yang praktikal dan berkesan.
Hari kedua kursus diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi di Pusat Tanggungjawab. Pengisian kursus telah disampaikan oleh Puan Azura Mohamad Hashim, Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Arkib Universiti, dengan bantuan Encik Herman Bin Tanbeh, Pembantu Pustakawan Tertinggi.
Dalam sesi ini, para peserta didedahkan dengan tatacara membuat pengelasan Dokumen Rahsia Rasmi, pengelasan semula dokumen yang telah dibuat penilaian, serta tatacara pelupusan Rekod Rahsia Rasmi yang telah diklasifikasikan semula.
Selain itu, peserta turut diberikan tunjuk ajar berkaitan pengisian dan pengendalian Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi mengikut Arahan Keselamatan iaitu Buku Daftar Am 492, Am 492A dan Am 492B.
Bahagian Arkib Universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada FSKM atas penganjuran Kursus Pengurusan Rekod yang merangkumi pengurusan rekod terbuka serta rekod rahsia rasmi.
#uitm
#uitmdihatiku
#recordsmanagement



