Lawatan Akademik Pelajar IMR605 Penyusunan dan Deskripsi Arkib Siri 2

Bahagian Arkib Universiti (BARU), Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjungan seramai 30 orang mahasiswa bagi program Lawatan Akademik IMR605 – Penyusunan dan Deskripsi Arkib Siri 2 pada 15 Jun 2026.

Lawatan akademik ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai amalan profesional, prosedur kerja serta kaedah penyusunan dan deskripsi bahan arkib yang dilaksanakan dalam persekitaran sebenar. Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memahami dengan lebih mendalam proses pengurusan arkib universiti yang dikendalikan oleh pegawai dan staf yang berpengalaman dalam bidang pengurusan rekod dan arkib.

Sepanjang lawatan, para peserta telah dibimbing oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional, pegawai kumpulan pelaksana serta tujuh orang pelajar latihan industri yang sedang menjalani latihan di Bahagian Arkib Universiti. Melalui sesi penerangan dan aktiviti praktikal yang dijalankan, para mahasiswa berpeluang melihat sendiri proses penyusunan, pengenalpastian, deskripsi dan pengurusan bahan arkib mengikut standard serta amalan terbaik yang diguna pakai.

Hasil daripada program ini, sebanyak 332 bahan penting universiti berjaya direkodkan melalui aktiviti penyusunan dan deskripsi arkib yang dilaksanakan. Pencapaian ini bukan sahaja menyumbang kepada usaha pemeliharaan memori institusi, malah memperkukuhkan pengurusan khazanah dokumentari universiti untuk rujukan generasi akan datang.

#uitm
#uitmdihatiku
#archives
#recordsmanagement
#Metadata

 

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my