Lawatan Delegasi Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia

Lawatan Delegasi Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia

ALOR GAJAH, 23 Jun 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada delegasi Universitas Negeri Semarang (UNNES), Indonesia dalam satu lawatan akademik dan perkongsian ilmu berkaitan pengurusan rekod serta pemeliharaan warisan institusi.

Delegasi yang hadir terdiri daripada 6 orang dosen Universitas Negeri Semarang (UNNES) bersama 3 orang pegawai pengiring daripada UiTM Cawangan Melaka. Kehadiran mereka telah disambut oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan penerangan mengenai sejarah penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM), perkembangan UiTM Cawangan Melaka, serta maklumat berkaitan peneraju Institut Teknologi MARA (ITM)/UiTM Cawangan Melaka dari dahulu hingga kini.

Selain itu, delegasi turut didedahkan dengan pelbagai koleksi yang terdapat di Unit Arkib Cawangan Melaka yang merangkumi bahan-bahan arkib, rekod institusi, dokumentasi sejarah serta koleksi bernilai yang menjadi warisan dan memori korporat universiti.

Lawatan ini menjadi platform yang bermakna untuk memperkukuhkan hubungan akademik dan profesional antara UiTM Cawangan Melaka dan Universitas Negeri Semarang (UNNES), di samping membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik dalam bidang pengurusan rekod dan arkib universiti.

Terima kasih atas kunjungan yang diberikan. Semoga hubungan kerjasama dan jaringan antarabangsa ini akan terus berkembang demi kecemerlangan pendidikan dan pengurusan ilmu pada masa hadapan.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Lawatan: PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my