ALOR GAJAH, 7 Ogos 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Zhejiang University of Finance and Economics (ZUFE), China ke Unit Arkib Cawangan Melaka.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Tertinggi, yang memberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam mengurus, memelihara dan memelihara rekod serta bahan arkib yang bernilai sebagai warisan universiti.
Sepanjang lawatan, delegasi turut dibawa melawat ruang pameran Unit Arkib dan diberikan penerangan mengenai sejarah penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta sejarah perkembangan UiTM Cawangan Melaka. Perkongsian ini memberi peluang kepada para delegasi untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, pencapaian dan perkembangan institusi serta kepentingan pengurusan arkib dalam memelihara memori organisasi.
PTAR UiTM Cawangan Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi ZUFE atas kunjungan yang telah mengeratkan hubungan akademik dan memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa. Semoga lawatan ini menjadi platform kepada perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang perpustakaan dan pengurusan arkib.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Lawatan : PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka