9 Jun 2025 - Bahagian Arkib Universiti (BARU) menerima kunjungan hormat daripada Kristal Azmir Sdn. Bhd., yang diketuai oleh En. Azharul Azmir bin Kamarulzaman (Pengarah Urusan) dan Pn. Azmira Azna binti Kamarulzaman (Pengurus Produksi), kedua-duanya alumni Fakulti Pengurusan Industri Kreatif (Kepujian), UiTM.
Kunjungan ini membuka ruang diskusi yang bermakna berkaitan pemeliharaan rekod visual, dokumentasi sejarah serta penerokaan kolaborasi strategik dalam pengurusan kandungan arkib kreatif antara industri dan institusi.
BARU memainkan peranan penting dalam memastikan warisan universiti dan nilai sejarah institusi sentiasa terpelihara dan dapat diakses secara beretika serta profesional. Pertemuan ini juga mengukuhkan jaringan antara alumni dan institusi dalam usaha memperkasa bidang pengurusan arkib sejajar dengan keperluan semasa industri kreatif.

