Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG, 25 Jun 2026 – Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands bagi meninjau kemudahan, perkhidmatan dan amalan terbaik yang dilaksanakan dalam pengurusan perpustakaan.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Galeri Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, yang memaparkan pelbagai maklumat, dokumentasi dan pencapaian berkaitan kepimpinan serta pembangunan negeri Pahang. Galeri ini menjadi salah satu tarikan utama yang memberi nilai tambah kepada perkhidmatan perpustakaan sebagai pusat rujukan dan pembelajaran komuniti.

Seterusnya, delegasi dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi melihat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna. Antara yang ditinjau termasuk ruang bacaan, ruang aktiviti, koleksi bahan perpustakaan serta inisiatif yang dilaksanakan dalam menarik minat masyarakat untuk mengunjungi perpustakaan.

Lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh idea baharu, berkongsi pengalaman serta meneliti amalan terbaik yang boleh dijadikan panduan dalam memperkasakan perkhidmatan perpustakaan dan pengurusan maklumat di UiTM Cawangan Melaka.

Terima kasih kepada pihak Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands atas sambutan mesra dan perkongsian yang bermanfaat. Semoga jalinan hubungan profesional ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan dan budaya ilmu.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Kursus: PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my