Shah Alam, 15 April 2026 – Bahagian Arkib Universiti (BARU), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Penyebaran Maklumat yang diketuai oleh Puan Siti Badariah Abu Bakar selaku Pengurus, bersama Encik Ahmad Nazmee Adnan dan Puan Siti Saydatul Ema Binti Painan.
Kunjungan ini merupakan satu inisiatif strategik dalam usaha memperkukuh keupayaan pengurusan maklumat dan arkib organisasi. Lawatan tersebut bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh terhadap amalan terbaik dalam pengurusan arkib, meliputi aspek pengurusan rekod fizikal dan digital.
Sepanjang sesi lawatan, para delegasi telah diberi penerangan terperinci mengenai struktur organisasi, polisi serta prosedur yang digunapakai dalam pengurusan rekod dan arkib universiti oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad, Pengarah Bahagian Arkib Universiti.
Melalui sesi lawatan dan perbincangan strategik yang diadakan, pelbagai input bernilai telah diperoleh, khususnya dalam membantu pembangunan sistem arkib yang lebih sistematik dan efisien di NIOSH. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada transformasi pengurusan arkib yang lebih dinamik, selari dengan keperluan semasa serta perkembangan teknologi maklumat.
Bahagian Arkib Universiti sentiasa terbuka kepada semua agensi dan komuniti untuk sesi perkongsian kepakaran serta maklumat dalam bidang pengurusan arkib.
#UiTM
#uitmdihatiku
#RecordsManagement
#arkib



