SHAH ALAM, 27 Ogos — Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM telah menerima lawatan penandaarasan daripada dua wakil State Islamic University (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia iaitu Saudara Edwin Tri Januarsyah dan Saudari Siti Zainia Faridha pada 26 Ogos lalu.
Kunjungan serantau ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuh perkongsian ilmu, pengalaman, serta amalan terbaik berkaitan pengurusan, pemeliharaan, dan pendokumentasian bahan sejarah antara kedua-dua institusi.
Pertukaran kepakaran: Sesi perbincangan interaktif fokus kepada kaedah pemeliharaan warisan dokumentari, strategi pendokumentasian sejarah, serta amalan pengurusan arkib moden.
Potensi Kerjasama Strategik: Meneroka peluang jalinan kolaborasi masa hadapan dalam bidang pengurusan arkib, dokumentasi sejarah, dan pemeliharaan khazanah warisan ilmu.
Pengukuhan Hubungan Bilateral: Memperkemas jaringan hubungan institusi dan akademik merentas negara antara Malaysia dan Indonesia.
#uitm
#uitmdihatiku
#indonesia
#arsip
#arkib



