ALOR GAJAH, 06 Julai 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada empat (4) orang pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bagi menjalankan penyelidikan untuk tugasan kursus NMC153 - Digital Video Production.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan bahan-bahan rujukan dan dokumentasi sejarah bagi membantu pelajar menghasilkan video korporat mengenai sejarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sebagai memenuhi keperluan tugasan kursus tersebut.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah dibawa mengikuti sesi lawatan berpandu yang dikendalikan oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pustakawan Tertinggi (Pemuliharaan), PTAR UiTM Cawangan Melaka. Pelajar diberi penerangan mengenai fungsi Unit Arkib Cawangan Melaka serta diperkenalkan kepada koleksi arkib yang berkaitan dengan sejarah dan perkembangan UiTM.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh maklumat daripada sumber primer yang autentik, sekali gus meningkatkan kualiti penyelidikan dan penghasilan video korporat yang lebih tepat, kreatif dan berinformasi.
PTAR UiTM Cawangan Melaka sentiasa komited dalam menyokong aktiviti pembelajaran, penyelidikan dan penghasilan karya akademik dengan menyediakan akses kepada koleksi arkib yang bernilai sebagai sumber rujukan universiti.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Kursus: PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka