Lawatan Program Komuniti Cakna Ilmu Bilingual (KOCIBI 2.0) ke Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka

ALOR GAJAH, 14 Julai 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan peserta Program Komuniti Cakna Ilmu Bilingual (KOCIBI 2.0): Membina Generasi Mustahiq Junior Dalam Arab-English, anjuran Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama SR Arab JAIM Al-Faizin.

Lawatan ini telah disertai oleh 20 orang murid Darjah 5, 10 orang guru SR Arab JAIM Al-Faizin serta 10 orang pensyarah dan fasilitator UiTM Cawangan Melaka yang berpeluang melawat Unit Arkib Cawangan Melaka.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan Melaka sebagai pusat pemeliharaan rekod dan dokumentasi penting universiti. Para peserta turut didedahkan dengan kepentingan pengurusan rekod, pemeliharaan bahan arkib serta peranan arkib dalam memelihara sejarah dan warisan institusi untuk rujukan generasi akan datang.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai kepentingan ilmu, sejarah serta nilai pemeliharaan bahan dokumentasi arkib. Diharapkan pengalaman ini dapat menyemai minat terhadap dunia arkib serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara khazanah ilmu dan warisan negara.

PTAR UiTM Cawangan Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit ICAN, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka serta SR Arab JAIM Al-Faizin atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara universiti dan komuniti akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Lawatan : Facebook PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my