Shah Alam, 3 Mac 2026 – Satu sesi libat urus Sistem ATS yang memfokuskan kepada pemantauan dan pengurusan rekod arkib secara digital telah berjaya dilaksanakan bersama warga Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program ini bertujuan memperkukuh kecekapan pengurusan maklumat universiti melalui penggunaan sistem digital yang lebih sistematik, telus dan berkesan. Pelaksanaan ATS dilihat sebagai langkah strategik dalam memastikan rekod institusi diurus secara profesional, selaras dengan keperluan tadbir urus dan pematuhan standard pengurusan rekod semasa.
Taklimat penggunaan sistem serta sesi latihan secara hands-on telah dikendalikan oleh Puan Rizana Binti Radwan, Ketua Unit Pengurusan Arkib. Peserta diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan fungsi sistem, kaedah pemantauan rekod, serta prosedur pengurusan arkib digital yang efisien.
Menurut pihak BARU, inisiatif ini bukan sekadar memperkenalkan sistem baharu, malah menjadi platform memperkasakan budaya pengurusan rekod dalam kalangan warga akademik dan pentadbiran. Pendekatan latihan praktikal membolehkan peserta memahami aplikasi sebenar sistem dalam konteks operasi harian
#uitm
#uitmdihatiku
#recordsmanagement
#archives

