Libat Urus Bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Libat Urus Bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik

23 Julai 2025, Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam


Dalam usaha memperkukuh kolaborasi strategik dan pemerkasaan tadbir urus pengurusan rekod serta arkib universiti, Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan sesi Libat Urus bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), diketuai oleh Encik Ahmad Amiri Mohamad (Pengarah) dan disertai oleh Profesor Ir. Dr. Ahmad Farid Abidin @ Bharun, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik serta barisan pengurusan fakulti.


Perbincangan meliputi pelaksanaan pematuhan dasar pengurusan rekod, pemeliharaan rekod penting dan pemindahan rekod ke Arkib Universiti.


Libat urus ini membuka ruang kepada perkongsian pandangan, cabaran dan cadangan penambahbaikan, selaras dengan aspirasi universiti untuk mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan data dan dokumentasi yang cekap, selamat untuk memelihara memori institusi.

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my