Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti Bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

MELAKA, 11 Ogos 2026 - Unit Arkib Cawangan Melaka, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya sebagai persediaan awal menghadapi Audit Pengurusan Rekod UiTM Tahun 2027.

Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan pelantikan Pengurus Rekod serta isu dan cabaran pengurusan rekod yang dihadapi oleh setiap pusat tanggungjawab di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Perbincangan ini bertujuan mengenal pasti tindakan penambahbaikan bagi memastikan pengurusan rekod dilaksanakan secara lebih sistematik dan mematuhi dasar serta prosedur yang ditetapkan.

Selain sesi perbincangan, lawatan tapak turut diadakan ke beberapa lokasi bagi menilai amalan pengurusan fail dan rekod, antaranya:

📁 Pejabat Am Bahagian Hal Ehwal Pelajar
📁 Unit Sukan
📁 Unit Kokurikulum
📁 Unit Kesihatan
📁 Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar

Semasa lawatan, semakan terhadap pengurusan fail telah dilaksanakan, di samping khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan diberikan bagi memperkukuhkan amalan pengurusan rekod di setiap unit.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat membantu Bahagian Hal Ehwal Pelajar membuat persediaan yang lebih menyeluruh bagi menghadapi Audit Pengurusan Rekod 2027 serta memperkukuhkan tadbir urus rekod universiti yang lebih cekap, teratur dan berkesan.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Lawatan : PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my