Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti Bersama PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

BANDARAYA MELAKA, 25 September 2026 - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka melalui Unit Arkib Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti bersama warga PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.

Sesi ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka, dengan memberikan penerangan berkaitan aspek pengurusan rekod yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan tugas harian warga PTAR.

Antara perkara yang diberi penekanan ialah format surat rasmi, memo dan e-mel rasmi UiTM bagi memastikan penyediaan dokumen rasmi dilaksanakan mengikut format dan ketetapan yang telah ditetapkan.

Selain itu, taklimat turut menerangkan tatacara penutupan fail, termasuk perkara yang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu fail ditutup bagi memastikan rekod diurus dengan teratur dan lengkap sepanjang kitar hayatnya.

Sesi libat urus ini turut menjadi platform perkongsian dan perbincangan bagi meningkatkan kefahaman warga PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya terhadap kepentingan pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu warga PTAR melaksanakan pengurusan dokumen dan rekod dengan lebih cekap serta menyokong pemeliharaan rekod universiti sebagai sumber rujukan dan bukti rasmi UiTM.

Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Pautan Tiktok: PTAR UiTM Cawangan Melaka

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my