ALOR GAJAH, 21 Julai 2026 - Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod Universiti bersama Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sebagai persediaan menghadapi Audit Pengurusan Rekod UiTM Tahun 2027.
Sesi ini telah dihadiri oleh Dr. Mohd Sufiean bin Hassan, Ketua Unit Komunikasi Korporat, bersama dua (2) orang staf unit tersebut. Penerangan telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka, yang memfokuskan kepada keperluan pematuhan terhadap dasar dan prosedur pengurusan rekod universiti serta aspek-aspek yang akan dinilai semasa audit.
Turut hadir bagi menjayakan sesi ini ialah Puan Suzaimy binti Senin dan Puan Haniza binti Sirun daripada Unit Arkib Cawangan Melaka yang bersama-sama memberikan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan amalan pengurusan rekod yang baik.
Sebagai sebahagian daripada sesi libat urus, lawatan tapak turut diadakan ke ruang penyimpanan fail Unit Komunikasi Korporat. Semakan terhadap kaedah penyimpanan rekod telah dilaksanakan, di samping cadangan penambahbaikan dikemukakan bagi memastikan pengurusan fail adalah lebih sistematik, teratur serta mematuhi piawaian pengurusan rekod universiti.
Diharapkan sesi libat urus ini dapat membantu Unit Komunikasi Korporat membuat persediaan yang lebih rapi bagi menghadapi Audit Pengurusan Rekod 2027, sekali gus memperkukuhkan tadbir urus rekod yang cekap, berkualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Untuk melihat lebih banyak gambar program ini, sila layari:
Gambar Libat Urus : PTAR UiTM Cawangan Melaka
Pautan Tiktok: Tiktok PTAR UiTM Cawangan Melaka