Libat Urus Rekod, Arkib dan Galeri Bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

Shah Alam, 4 Jun 2026 – Bahagian Arkib Universiti telah mengadakan sesi Libat Urus Rekod, Arkib dan Galeri bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik berkaitan pengurusan rekod, pemeliharaan bahan arkib serta pendokumentasian sejarah institusi.

Bahagian Arkib Universiti berbesar hati menerima kehadiran YBrs. YM Profesor Dr. Raja Mohammed Firhad bin Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, bersama barisan pengurusan fakulti yang menyambut baik cadangan kolaborasi dan inisiatif bersama sempena Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM (1956–2026).

Program libat urus ini bertujuan meningkatkan kefahaman warga fakulti mengenai kepentingan pengurusan rekod yang sistematik, pematuhan terhadap garis panduan dan piawaian pengurusan rekod universiti, serta usaha memelihara bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan institusi. Melalui sesi perkongsian yang berlangsung, pelbagai aspek berkaitan tadbir urus rekod, pengurusan arkib dan pembangunan galeri telah dibincangkan bagi memastikan maklumat penting universiti dapat dipelihara untuk rujukan generasi akan datang.

Menariknya, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi turut menyimpan pelbagai kisah dan sejarah yang menjadi sebahagian daripada perjalanan perkembangan UiTM. Kenangan serta pencapaian yang pernah dilakar oleh warga fakulti terdahulu masih segar dalam ingatan para alumni dan berpotensi untuk diketengahkan sebagai bahan dokumentasi sejarah universiti.

Sehubungan itu, satu program khas melibatkan kerjasama antara Bahagian Arkib Universiti dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi sedang dirancang bagi mengumpul, mendokumentasi dan mengetengahkan sejarah serta warisan fakulti untuk tatapan seluruh warga UiTM.

#uitm
#uitmdihatiku
#UiTM7Dekad
#arkib

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443880
Emel: azniza180@uitm.edu.my